MKN bincang SOP penganjuran majlis perkahwinan, keputusan diumum rabu ini

0

Mengambil kira keluhan perunding dan penganjur majlis perkahwinan yang putus sumber pendapatan berikutan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang penganjuran majlis, satu perbincangan akan dilakukan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Selain dari memahami keadaan pihak penganjur majlis, kerajaan juga sedar akan keinginan bakal pengantin yang merancang mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagia bersama keluarga dan kenalan.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata perbincangan terbabit merangkumi kemungkinan memberi kebenaran mengadakan majlis dan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) yang bersesuaian yang akan mengambil kira jumlah tetamu yang dibenarkan hadir demi memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

PKPP : KEBENARAN DAN SOP BERKAITAN MAJLIS PERKAHWINAN AKAN DIUMUMKAN PADA RABU INI#KitaMestiMenang#COVID19malaysia…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 22 June 2020

Leave a Reply