MKN akan meneliti SOP sub sektor pelancongan

0

Hari ini Mensyuarat Khas Menteri-Menteri meneliti pembentangan oleh Kementerian Seni dan Budaya berkenaan dengan SOP sub sektor pelancongan.

Antara intipati pembentangan adalah melibatkan spa kecantikan, wellness dan pusat urut kaki, Meeting, Incentives,Conventions & Exhibition (MICE), Travel & Trade Fairs dalam negeri.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian petang tadi berkata, secara dasarnya mesyuarat khas tidak mempunyai halangan terhadap SOP ini.

Walaubagaimanapun, ianya perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu untuk kelulusan kerana perkara ini melibatkan senarai-senarai dilarang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply