MITI pantau kilang pengeluaran cecair pembasmi kuman

0

Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer laris seperti goreng pisang panas.

Bagi memastikan bekalan hand sanitizer mencukupi dipasaran tempatan, petugas khas Bekalan Makanan dan Keperluan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 telah mengadakan lawatan pemantauan ke 24 kilang pengeluaran Hand Sanitizer di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagi memastikan bekalan ‘Hand Sanitizer (HS)’ mencukupi dipasaran tempatan, Petugas Khas Mengenai Bekalan Makanan dan…

Dikirim oleh Ministry of International Trade and Industry, Malaysia pada Rabu, 01 April 2020

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Ministry of Trade and Industry, Malaysia (MITI), setiap kilang mengeluarkan hand sanitizer bersaiz 60ml berjumlah 5,000 hingga 10,000 botol secara purata setiap hari.

Manakala pengeluaran bagi hand sanitizer bersaiz 500ml adalah sebanyak 5,000 hingga 7,000 botol setiap hari.

Produk hand sanitizer yang dikeluarkan kilang akan diedarkan di pasaraya, farmasi dan turut dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply