Miss Jamaica Toni-Ann Singh dimahkotakan sebagai Miss World ke-69

0

Ini kali pertama dalam sejarah wanita berkulit hitam memegang gelaran Miss USA, Miss Teen USA, Miss America, Miss Universe dan Miss World.

Pelajar berusia 23 tahun itu dilahirkan di St Thomas, Jamaica, merancang untuk belajar bidang perubatan dan menjadi doktor.

Dia telah menulis di laman Twitter nya dengan tweet : “Tolong sedar bahawa anda layak dan mampu mencapai impian anda…Anda mempunyai TUJUAN.”

The Pada acara yang berlangsung di ExCel London, Toni-Ann berjaya menarik perhatian para juri yang nyata kagum dengan nyanyian lagu penyanyi Whitney Houston berjudul I Have Nothing dan menjawab pelbagai soalan.

Dia berkata: “Ini terasa seperti mimpi, saya sangat bersyukur.”

“Apa pun yang anda lihat dalam saya, terima kasih, saya bersedia untuk bekerja.”

Dia mengalahkan 111 peserta lain yang mewakili negara yang berbeza, skaligus menjadi pemenang dari Jamaica buat kali keempat sejak pertandingan itu mula diperkenalkan.

Apabila ditanya oleh juri Piers Morga,  jika dia akan mempertimbangkan kerjaya menyanyi, dia berkata: “Jika pintu dibuka saya akan berjalan terus dan melaluinya .”

Ditempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Suman Rao dari India dan Ophély Mézino dari Perancis.

Satu saat yang menarik perhatian ramai dan netizen di laman media sosial ialah respon Miss Nigeria terhadap kemenangan Toni-Ann.

Nyekachi Douglas, dia yang berjaya berada dikedudukan kelima, melompat dan menjerit kegembiraan ketika nama pemenang diumumkan.

Leave a Reply