Mira Filzah ‘refresh’ lima tips pencegahan COVID-19

0

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 14 April sehingga 28 April depan.

Selain perlu mematuhi arahan agar hanya duduk di rumah, beberapa tips kebersihan dan pencegahan telah dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat panduan orang ramai.

Menerusi laman media sosial Instagram @mfmirafilzah, pelakon, pengacara dan model comel ini berkongsi kembali tips asas pencegahan virus COVID-19.

Maklumlah, bila dah di penghujung fasa kedua ni, takut ada yang terlupa pula.

Pertama, jangan keluar rumah. Keluar bila perlu sahaja.
#stayAtHome

Kedua, kerap cuci tangan selama 20 saat, kata Mira.

Ketiga, jarak 1 meter dengan orang lain.
#sosialDistancy

Keempat, no-panic-buying kerana
#sharingIsCaring

Pesanan terakhirnya ialah jika kita berasa tidak sihat, cepat – cepat lah ke klinik berhampiran.
#jagaDiriSendiri

Apa yang menariknya, nasihat Mira itu dizahirkan menerusi kata – kata dan pergerakan bahasa isyarat.

Teringat kepada wataknya sebagai gadis istimewa dalam drama bersiri kegemaran ramai ‘Sweet Dreams’ bergandingan dengan pelakon kacak Ben Amir.

Terima kasih Mira kerana sudi ‘refresh’ dan saling ingat-mengingati sesama kita.

Comel seperti selalu!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply