Minuman viral “dalgona coffee” setanding latte berjenama terkenal

0

Hari ini merupakan hari kelima arahan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Di laman sosial, dapat kita baca dan lihat rata-rata masyarakat berkongsi aktiviti percutian mereka di rumah.

Sudah pasti aktiviti memasak malah ada yang bereksperimen dengan resepi baru dan menjadi pilihan paling popular di kalangan warga maya.

Yang menjadi sebutan dan viral pada ketika ini ialah minuman dalgona!

Antara yang turut berkongsi resepi dan hasil buatan kopi dilaman sosial mereka termasuklah Instagram Majalah Nona, pengguna Facebook Anna Majid dan Aishah Rosli.

Bosan dengan kebiasaan kopi harian, apa kata anda cuba bancuhan yang mudah dan enak ini.

Sesekali berubah selera, apa salahnya kan!

Jom peminat kopi!
Kita ceriakan hari rehat ini dengan pekena secawan kopi☕????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply