Minuman MILO kembali viral di Jepun, mula dipasarkan setelah tiga bulan putus bekalan

0

Minuman MILO menjadi viral di Jepun apabila minuman kesayangan rakyat Malaysia ini laris terjual dan mendapat permintaan yang tinggi tahun lalu.

Perkongsian di laman Twitter mendedahkan pembukaan kiosk MILO di Stesyen Machida, Tokyo, Jepun menjadi viral di laman media sosial terbabit.

Tweet oleh @TonanLeopard memperolehi lebih 160,000 tanda suka dan 46,700 retweet dalam masa tiga hari.

Dalam perkongsian terbabit, beberapa pengguna Twitter Malaysia dapat melihat bagaimana warga Jepun minum minuman kegemaran warga Malaysia itu.

Melalui perkongsian foto oleh TonanLeopard, secawan MILO perisa asli berharga JPY200 (kira-kira RM7.55).

Kiosk ini juga menjual minuman MILO berperisa pisang atau kiwi yang dicampurkan dengan nanas, dengan harga JPY300 (kira-kira RM11.30) setiap cawan.

Menariknya, kopi dalgona lebih murah daripada harga secawan MILO iaitu dengan harga pasaran kira-kira JPY180 (lebih kurang RM6.80) setiap cawan.

Berdasarkan harga terbabit, minum MILO lebih premium daripada minuman kopi buatan Jepun.

Pembukaan kiosk MILO di stesyen kereta api kerana minuman malt kesukaan rakyat Malaysia ini mendapat permintaan yang tinggi dari warga Jepun dan MILO telah dikenali di negara matahari terbit sejak Disember tahun lalu.

Sejak Julai 2020, terdapat peningkatan permintaan MILO sebanyak 700% setelah perkongsian tweet menjadi viral.

Beberapa pengguna Twitter mendakwa minuman itu telah membantu mereka merasa kurang letih, meningkatkan kesihatan pundi kencing, dan antara lain mengawal rasa lapar.

Pada 10 Disember 2020, TimeOut Tokyo melaporkan MILO secara rasmi kehabisan stok di seluruh negara.

Sehubungan itu, Nestlé Jepun mendapatkan bahan mentah dari Singapura untuk memenuhi permintaan berkenaan.

Penjualan MILO ditangguhkan sementara sepenuhnya sehingga 1 Mac tahun ini.

Dengan kata lain, orang Jepun telah ‘kehilangan’ MILO selama hampir tiga bulan.

Namun, bekalan produk terbabit disambung semula seperti yang dijadualkan bulan ini.

Orang Jepun kini boleh mendapatkan MILO dengan kandungan seberat 240 gm dan lima pek MILO di kebanyakan tempat, sementara 700 gm hanya di beberapa kedai, lapor TimeOut Tokyo.

Di Jepun, MILO seberat 1.5 kg tidak dijual seperti yang biasa dipasarkan di Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain.

Kiosk minuman MILO di Stesyen Machida hanya akan dijual bermula 6 Mac hingga 30 April manakala Nescafé Harajuku di Shibuya juga akan menyediakan minuman ini untuk waktu yang terhad sahaja.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply