Mini me – Naelofar

0

Baru-baru ini tular mengenai berita seorang kanak-kanak yang wajahnya mirip pelakon dan pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa.

Program Meletop telah menjemput adik Che Naura Auni sebagai salah seorang tetamu jemputan sebagai kejutan untuk minggu terakhir Neelofa di Meletop.

Neelofa yang kelihatan terkejut dengan kehadiran kanak-kanak berkenaan disampingnya begitu gembira kerana menurutnya kanak-kanak tersebut sungguh mirip dengan wajahnya.

Malahan tahi lalatnya juga berada ditempat yang sama.

Neelofa juga kelihatan tidak mahu berenggang dengan adik Naura malahan meriba dan memeluk kanak-kanak itu sepanjang segmennya.

“mini ME ! They finally found the new host for @meletop” tulis Neelofa bersama gambar beliau dan adik Naura.

Nabil sempat mengusik adik Naura dengan berkata “cakap betul-betul siapa mak awak” sambil diiringi dengan ketawa oleh semua.

Leave a Reply