MIC yakin Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, formula kemenangan pembangkang pada PRU 15 nanti

0

Kuala Lumpur 14 Sept 2019 : MIC yakin Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, adalah formula kemenangan pembangkang pilihanraya ke 15 nanti.

Naib Presiden MIC Dato’ T Murugiah berkata piagam terbabit dilihat realitik dan cukup jelas memberi manfaat yang baik kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

” Terima kasih kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, kerana mengalu-alukan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS ini sejak awal lagi”, katanya lagi.

Ujarnya, MIC yakin dan berdiri teguh penyatuan ini memberi kebaikan kepada semua rakyat kerana Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikannya ketika memerintah negara sebelum ini.

Katanya, melihat keadaan ekonomi negara ketika ini semakin merudum jelas memperlihatkan pelabur sudah tidak yakin dengan kestabilan politik yang diwujudkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Ini menyebabkan keadaan negara semakin meruncing ekonominya, rakyat terbeban akibat kehilangan kerja, peluang perniagaan terhad dan kos kehidupan yang semakin meningkat dek kerana nilai mata wang yang semakin rendah.

Justeru dengan termaktubnya piagam kerjasama antara UMNO dan PAS akan mengukuhkan kembali kestabilan politik negara, sekaligus memberi kebaikan kepada ekonomi amnya.

” Saya melihat penyatuan ummah ini bukan hanya memberi kebaikkan kepada perpaduan dikalangan orang melayu tetapi memberi kebaikan kepada semua kaum”, ujar Datuk Murugiah.

Tambah beliau, DAP tidak perlu rasa tergugat dengan penyatuan ini dan menyalak menyalahkan MIC dan MCA konon tidak melihat kebajikan kaum kerana menyokong penyatuan ini.

“Semasa BN memerintah apa juga yang dikatakan dan dituduh, rakyat tetap hidup selesa

Tidak seperti sekarang, ramai hilang pekerjaan dan melihat pasaran Bursa Malaysia juga menakutkan apa akan jadi kepada ekonomi Malaysia selepas ini” katanya.

Jelasnya lagi, jika keadaan politik Malaysia stabil maka ia akan membantu ekonomi negara, mengembang dengan baik kelak.

“Saya T Murugiah yakin penyatuan ini bakal memberi kebaikkan kepada semua dan titik permulaan kepada sebuah perjalanan politik yang positif di dalam negara”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas dijemput sebagai pemerhati mewakili Parti MIC di perhimpunan itu di PWTC siang tadi.

Leave a Reply