Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai 20 sup terbaik dunia

0

Vietnam sangat terkenal dengan hidangan sup dan masakan ini juga merupakan sajian utama di negara ini.

Sup tradisional yang paling terkenal mempunyai nama yang sangat mudah disebut dan diingati iaitu Pho.

Maka tidak hairanlah jika saluran berita CNN telah menyenaraikan Mi Pho Bo, yang merupakan hidangan sup mi daging lembu dari Vietnam pada kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.

Daging lembu dalam sup direbus selama beberapa jam dengan kayu manis, bunga lawang dan campuran rempah lain, menghasilkan aroma yang luar biasa, lapor CNN.

Sup itu dianggap hidangan nasional dan boleh dijumpai di mana sahaja di Vietnam biarpun ia berasal dari bahagian utara negara itu.

Kehebatan Pho bo sering menerima pujian dan ulasan yang baik daripada majalah pelancongan global dan menjadi sebutan di bibir pelancong yang melawat Vietnam.

Turut mendapat tempat dalam senarai berkenaan adalah Bouillabaisse Perancis, gazpacho Sepanyol, sup daging lembu Lanzhou dan Thai Tom yum goong.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply