Mesyuarat UMNO Cawangan seluruh negara ditangguh

0

Berhubung penularan wabak pandemik COVID-19 yang kian meningkat, kerajaan bertindak menangguh semua aktiviti dan program melibatkan ramai orang.

Dalam pada itu, sebagai langkah keselamatan UMNO Malaysia turut mengambil pendekatan yang sama apabila memutuskan menangguhkan Mesyuarat UMNO Cawangan di seluruh negara.

Memetik kenyataan media, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah membuat dua keputusan pada hari ini.

“Mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15hb Februari 2020 adalah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini adalah sebagai langkah berhati-hati akibat penularan COVID-19,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menyatakan semua program UMNO yang melibatkan orang ramai adalah tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply