Merakam dan buat sidang ‘live’ dari Dewan Rakyat, Hannah Yeoh wajar dikenakan tindakan disiplin – Rais Yatim

0

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh wajar dikenakan tindakan disiplin atas tindakannya merakam dan melakukan sidang ‘live’ dari dalam Dewan Rakyat sebentar tadi.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat dan sepatutnya tindakan disiplin di ambil oleh pihak berkuasa Dewan Rakyat.

“Sekali kali tidak, ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Sepatutnya tindakan disiplin diambil oleh pihak berkuasa Dewan Rakyat”, katanya ketika menjawab pertanyaan melalui Aplikasi Watsapps oleh wartawan The Malaya Post.

Terdahulu Wartawan The Malaya Post bertanyakan kepada beliau adakah dibenarkan seorang ahli parlimen merakam dan melakukan sidang live dari dalam Dewan Rakyat.

The Malaya Post melaporkan Ahli Parlimen Hannah Yeoh merakam dan melakukan sidang ‘live’ dari dalam Dewan Rakyat mendedahkan mengenai suasana dan keadaan mengenai Dewan Rakyat mengikut persepsi dan pengamatan peribadinya.

Sidang ‘ live’ itu dimuatnaik di laman sosial peribadinya.

Ia kemudian dikongsi pula ke laman sosial Democratic Action Party. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c
/themalayapost

Leave a Reply