Menteri, Timbalan Menteri Kesihatan I dan II tinjau Thermal Scanner di KLIA

0

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Mohd Adham Baba meninjau alat pengesan suhu badan manusia yang ditempatkan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

FOTO : KKM

 

Beliau yang turut diiringi Timbalan Menteri Kesihatan l, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali serta Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, mengadakan lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat sendiri Thermal Scanner iaitu alat pengesan suhu badan manusia, sebagai saringan pertama bagi pelawat yang masuk menerusi Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

FOTO : KKM

 

Pada lawatan kerja, beliau menzahirkan syukur dan  berterima kasih kepada semua petugas media yang banyak membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyalurkan maklumat tentang perkembangan COVID-19.

FOTO : KKM

Turut hadir Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha, dan pegawai-pegawai kanan KKM.

FOTO : KKM

Untuk rekod, terdapat 84 unit Thermal Scanner di seluruh negara.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya PostYoutube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply