Menteri Pertahanan jejak veteran ATM di Felda Chini

0

Pada perkongsian yang lalu, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menziarahi dan berkunjung ke rumah bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Hassim Ahmad di Butterworth, kini sekali lagi kami berkongsi aktiviti kunjungan beliau di Felda Chini.

Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Menteri Pertahanan telah mengadakan perjumpaan bersama anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di sekitar Felda Chini melalui Program Jejak Veteran ATM.

Felda Chini, 28 Jun 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengadakan perjumpaan bersama…

Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Thursday, 2 July 2020

Perjumpaan bermakna ini berlangsung di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara, Chini, Pahang.

Misi dan objektif Program Jejak Veteran ATM dilaksanakan bertujuan memastikan kebajikan veteran ATM dan tanggungan sentiasa terjaga dan terpelihara.

Melalui program ini, maklumat peribadi veteran juga dapat dikemaskini bagi memastikan tiada keciciran bantuan berlaku serta dapat menghebahkan cara pendaftaran yang boleh dilakukan secara atas talian melalui portal https://daftar.jhev.gov.my/daftar/.

Selain bersua muka bersama anggota veteran ATM, sesi dialog di antara Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad bersama para veteran antara tentatif menarik program berkenaan.

Tidak hanya itu, penerangan tentang skim-skim bantuan yang disediakan oleh pihak JHEV ATM serta penambahbaikan terhadap skim bantuan veteran disediakan kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada golongan sasar

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply