Malaysia kemuka tiga elemen penting perangi COVID-19 bersama negara ASEAN

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan tiga elemen penting untuk memerangi COVID-19 antaranya kepantasan bertindak, skala bantuan dan solidariti.

Memberi contoh terhadap penerangan elemen kepantasan bertindak beliau memberitahu bahawa Malaysia mempunyai rujukan operasi bagi menyediakan bantuan kecemasan kepada rakan negara ASEAN yang terjejas akibat COVID-19.

“Brunei telah membantu membawa pulang rakyat kita yang terkandas dari Mesir dan Malaysia juga telah melakukan perkara yang sama untuk Singapura serta Indonesia dengan membawa kembali rakyatnya dari Iran dan Nepal.

“Sesuai dengan semangat ASEAN, beliau berterima kasih diatas bantuan yang dihulurkan dan berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Khas Peringkat Asean berkenaan virus COVID-19.

Mengulas lanjut berkenaan elemen ini, beliau berkata, penyebaran berita palsu dan khabar angin yang begitu pantas perlu ditangani.

“Maklumat salah menerusi laman media sosial pada ketika PKP ini, sangat mempengaruhi masyarakat dan memberi impak panik dan ketakutan kepada mereka. Kita perlu cepat bertindak balas demi ketenteraman rakyat.

“Lebih buruk, ketakutan terbesar beliau ialah ia boleh menjejaskan hubungan dua hala antara negara.

“Sebagai contoh, baru-baru ini sebuah NGO di Indonesia, mendakwa Malaysia telah mengusir warga Indonesia disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nasib baiklah hubungan baik antara Ibu Reino dan Kementerian Luar Indonesia, di Kedutaan Kuala Lumpur dan pihak Malaysia di Wisma Putra berjaya mengatasi dakwaan ini,” katanya.

Dengan ini beliau berpendapat wajarlah seluruh negara Asia bersama – sama memerangi penyebaran maklumat yang tidak tepat seterusnya memastikan ia tidak akan berulang

“Ini adalah sesuatu yang kita perlu sentiasa pantau dan bertindak secara berkesan,” tegas beliau.

Berbicara lanjut tentang elemen kedua iaitu skala bantuan kecemasan beliau berkata Malaysia pada prinsipnya, bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan ASEAN Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) ASEAN Response Fund yang akan melibatkan sebahagian daripada ‘Asean Development Fund’ yang sedia ada (ADF).

Menurutnya, Malaysia berpendapat bahawa Asia mesti memberi tumpuan untuk menyesaikan masalah virus pandemik ini menerusi “COVID-19 ASEAN Response Fund”.

Ini dengan memperluaskan skala bantuan kecemasan yang ada seperti bekalan topeng muka, kit ujian dan peralatan perlindungan.

Memahami keadaan serta kekurangan di peringkat global, tetapi persediaan amat diperlukan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Disamping itu, mandat yang diberikan kepada Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan mengenai Bencana Pengurusan (Pusat AHA) bagi membolehkannya menyelesaikan masalah kecemasan kesihatan awam, Malaysia berpandangan, bahawa ia tidak perlu meniru mekanisme sedia ada.

“Di Malaysia kita telah memberi tumpuan kepada langkah-langkah drastik demi membendung wabak ini.

“Tetapi malangnya, ia semakin teruk di rantau Asia. Negara, kerajaan dan rakyat telah diberi dan memberi maklum balas yang berbeza.

“Sebab itulah penting bagi kita untuk mendapat maklumat dan saling berkongsi informasi antara kita,” ulas beliau.

Mengulas elemen yang ketiga iaitu solidariti, Dato’ Seri Hishamuddin turut melaporkan bahawa Operasi Darurat Asean yang diketuai Malaysia mempunyai maklumat terkini tentang pencegahan, pengesanan dan langkah tindak balas, dilengkapi dengan maklumat kes-kes jangkitan.

Penilaian Risiko ASEAN dan Pusat Komunikasi Risiko (ARARC) yang dihoskan oleh Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan langkah pencegahan dan kawalan, termasuk kesediaan Program pembangunan kapasiti.

“Keperluan berkongsi pengalaman. Kemudian mengkaji apakah yang terbaik buat negara mereka.

“Memahami bahawa tidak mungkin ada satu formula yang akan berfungsi untuk kesemua 10 negara di ASEAN tetapi, mesti ada pendekatan yang unik untuk memerangi pandemik ini.

“Sebagai rantau, kita mesti bersatu dan bersabar untuk bersama mengalahkan Covid-19,” ujarnya.

Dalam mengejar mekanisme kerjasama yang lebih aktif dan bersepadu, kesemua negara mesti bersama membangunkan pelan pemulihan pasca pandemik di dalam Asia.

“Tindakan melulu hanya akan mengancam kita. Kami mempunyai peluang untuk bertindak bermula sekarang dan tidak terlalu awal untuk melihat ke hadapan.

“Sebagai satu kumpulan yang mewakili lebih daripada 600 juta orang, kita harus bekerjasama dan memastikan tujuan agar ASEAN menjadi wilayah zoro-Covid-19.

“Kami mesti menunjukkan kepada dunia bahawa kita mempunyai kesungguhan dan keinginan politik untuk membantu rakyat kita

“Asean perlu bersatu dan memperluaskan skop kerjasama supaya tidak kehilangan relevansinya.

“Nasib lebih daripada 600 juta orang terletak di bahu kami dan ya, ini adalah beban berat untuk dibawa tetapi beliau percaya, dengan kekuatan kolektif kita – kita boleh mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih cerah untuk negara-negara kita dan ASEAN,” tambahnya.

Terdahulu, memulakan ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat yang sama – sama membantu beliau dan pasukan dalam mencari jalan penyelesaian serantau serta usaha untuk menjayakan mesyuarat ini.

Menjalankan tugas sebagai Menteri Luar Negeri yang perlu berada di rumah adalah suatu keadaan yang tidak pernah dijangka.

Dalam pada itu beliau menyatakan pertemuan pagi ini sangat penting. Kita tidak boleh menafikan bahawa rantau ASEAN berada dalam era perdamaian dan stabil.

“Tetapi hari ini, kita diancam oleh kemunculan musuh yang tidak kelihatan. Kita sedang berperang dengan sesuatu yang tidak dapat kita lihat iaitu Coronavirus 19.

“Wabak ini telah menjangkiti sekurang-kurangnya 15,477 penduduk Asia Tenggara dan meragut 527 nyawa setakat semalam. Malangnya, angka ini semakin meningkat.

“Statistik melaporkan bahawa Malaysia merekodkan bilangan tertinggi jangkitan di rantau ini dengan 4,119 disahkan positif,” katanya.

Bertitik tolak dari angka ini, Menteri Luar Negeri memberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan arahan Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara berkuatkuasa 16 Mac lalu dan ia bukanlah kawalan pergerakan sepenuhnya, tetapi untuk menghadkan pergerakan yang lebih serius.

Berada dalam Fasa kedua PKP, Malaysia memberi tumpuan kepada keperluan ujian, pengesanan hubungan yang ketat, dan kuarantin mandatori bagi warga Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Malaysia juga telah memperketatkan perintah kawalan pergerakan (Enhanced-MCOs) di sesetengah kawasan yang dikenalpasti tinggi statistik positif Covid 19.

“Kawasan ini ditutup sepenuhnya selama 14 hari. Penduduk dan pelawat dilarang masuk atau keluar dari kawasan ini.

“Tujuannya bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan ujian COVID-19 menyeluruh terhadap semua penduduk dan mengekang penyebaran virus keluar dari kawasan tersebut.

“Walaupun tidak pasti sejauh mana langkah ini terbukti berkesan, Malaysia benar-benar telah melakukan yang terbaik dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Beliau menambah, Malaysia percaya dan yakin sambutan serta usaha serantau yang komprehensif akan mampu menangani penularan wabak ini.

Beliau turut berpendapat ASEAN ‘Coordinating Council Working Group on Public Health Emergencies’ (ACCWH-PHE) perlu ditentukan hari ini.

“Kita mesti mengambil langkah untuk melaksanakan strategi bersama dan semoga Tuhan membantu kita,” ujarnya.

https://drive.google.com/drive/folders/1ITmClB7WXVKagVeYT5yRte9jJq90rz0d?usp=sharing

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply