Menteri Kesihatan turun padang pantau SOP di pasaraya

0

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba telah menbuat tinjauan dan melihat pematuhan SOP operasi di pasaraya TJ Mart Kulai.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan TJ Mart Kulai kerana telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam mada yang sama beliau juga berterima kasih kepada para pelanggan kerana memberi kerjasama yang baik sekaligus mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan premis terutama dalam menjaga penjarakkan sosial.

Petang tadi saya berkesempatan meninjau pasaraya TJ Mart Kulai untuk melihat pematuhan SOP operasi di sana.Terima…

Dikirim oleh Dr Adham Baba pada Sabtu, 02 Mei 2020

Di samping itu, beliau turut menasihati orang ramai dan para peniaga agar meneruskan amalan atau norma baharu kehidupan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antara amalan atau norma baharu adalah dengan menjaga penjarakkan sosial, kerap mencuci tangan, gunakan “face mask” jika berada di tempat awam serta elakkan berada di luar rumah jika tiada keperluan.

“Sama-sama kita laksanakan tanggungjawab kita dan saling ingat-mengingatkan di antara satu sama lain.

“Teruskan perjuangan menentang COVID-19. Bersama kita putuskan penularan rantaian COVID-19,” ujar beliau mengakhiri perkongsiannya.

Kita Mesti Menang!

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply