Menteri Kesihatan sanjung tinggi komitmen petugas kesihatan

0

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba hari ini menzahirkan penghargaan buat petugas kesihatan barisan hadapan atas pengorbanan dan usaha dalam menangani serta merawat pesakit virus COVID-19.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan penghargaan terhadap Perdana Menteri, kementerian dan seluruh rakyat yang memahami tekanan mental, emosi dan fizikal yang dilalui oleh pekerja kesihatan yang terlibat.

“Nasihat buat mereka, jagalah kesihatan mental dan fisiologi, dapatkan makan dan rehat yang mencukupi, serta jagalah ibadat.

“Tidak ketinggalan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga mereka kerana memahami tuntutan kerja yang tersayang.

“Semoga mereka terlindung dan dijauhi dari musibah jangkitan virus ini,” ujar beliau.

‘Bantulah kami untuk membantu anda’

Pesanan dari Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr Adham Bin Baba kepada semua petugas barisan hadapan.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 22 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply