Menteri Kesihatan perkenal individu penting yang bekerja keras di KKM

0

Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini pasti ianya merupakan berita gembira buat sesetengah rakyat.

Namun, di sebalik setiap keputusan yang dibuat ada pelbagai faktor yang harus dan telah dipertimbangkan.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba di laman Facebook rasmi miliknya telah berkongsi antara individu-individu penting yang bekerjasama serta bekerja keras bersamanya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di sebalik setiap keputusan yang dibuat, ada pelbagai faktor yang dipertimbangkan. Inilah antara mereka di KKM yang…

Dikirim oleh Dr Adham Baba pada Senin, 04 Mei 2020

“Inilah antara mereka di KKM yang senantiasa memberi taklimat terkini berkenaan COVID-19 bagi membolehkan setiap keputusan diambil dan diperhalusi”, ujar beliau.

Menurutnya, mereka mula bekerja seawal jam 7.30 pagi sehingga lewat petang dan sentiasa berbincang mengenai informasi terkini demi memastikan kesiapsiagaan KKM dalam menangani COVID-19.

Oleh itu beliau telah menyeru agar rakyat Malaysia terus mengamalkan norma baharu yang disarankan dan terus kekalkan penjarakkan sosial.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan duduk di rumah jika tiada keperluan.

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply