Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama luangkan masa mengadakan lawatan kerja di Terengganu

0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Zulkifl Mohamad AI-Bakri akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Terengganu.

Ini merupakan salah satu lawatan pengenalan selepas menjawat jawatan berkenaan.

Beliau turut dijadualkan akan menyampaikan bantuan Musa’adah COVID-19 di Marang, Kuala Nerus, Pulau Redang dan juga di Jeti Chendering.

Selain daripada itu, beliau juga akan menghadiri Multaqa Guru Takmir, Imam, Bilal dan Guru KAFA peringkat negeri Tdan juga Pemukiman Agensi di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.

لاوتن كرجا منتري د جابتن ڤردان منتري ﴿حال احوال اݢام﴾ك نݢري ترڠݢنو دارالايمان17 – 19 جولاي 2020 برسمأن – 27 ذوالقعدة…

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Jumat, 17 Juli 2020

Lawatan ini juga dijangka akan memberikan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa agama negeri dalam meneroka ruang kerjasama strategik yang bakal memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di kedua-dua buah negeri.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply