Menteri Belia dan Sukan akan bentang cadangan benarkan latihan penuh sukan berkontak minggu depan

0

Mendengar keluhan dan rayuan rakyat serta pengusaha sukan berkontak termasuk persatuan bola sepak bagi pembukaan semula aktiviti-aktiviti sukan berkontak.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Rizal Marican dijangka akan membentangkan cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal dan sukan tempur di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri minggu hadapan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri terbabit dijangka akan membentangkan cadangan-cadangan kejohanan sukan dan rekreasi secara berperingkat bagi pertimbangan mesyuarat khas.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga ada mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri sukan dari semasa ke semasa dan hari ini (Jumaat) , KBS akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha padang dan gelanggang komersil serta akademi untuk sukan bola sepak dan futsal.

“Keputusan untuk membenarkan aktiviti sukan berkontak bergantung kepada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar beliau.

Terdahulu, kerajaan telah memberi kebenaran ke atas latihan dan aktiviti sukan serta rekreasi yang tidak bersentuhan badan (non-contact) secara individu dan bukan berpasukan pada 15 Jun lalu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply