Mengenakan sepasang sut putih dan stiletto hitam bertumit tinggi, Victoria Beckham menunjukkan pose kaki VB’s di program bual bicara ‘The Ellen DeGeneres’

0

Victoria Beckham telah dijadualkan muncul di rancangan bual bicara popular ‘The Ellen DeGeneres’, baru-baru ini.

Victoria yang sentiasa kelihatan bergaya, telah mengenakan sepasang sut putih bersama stiletto hitam bertumit tinggi ketika hadir ke program televisyen berkenaan.

Dengan dandanan rambutnya yang simple namun anggun, bintang kelahiran British ini melangkah anggun ke set program bual bicara secara langsung itu.

Pereka fesyen yang kini berusia 45 tahun, secara spontan menunjukkan pose kaki fleksibiliti luar biasa yang merupakan ‘signature’ dirinya semasa Victoria ditemuramah dan bersembang bersama hos popular, Ellen Lee DeGeneres.

Bintang Spice Girls ini telah ditanya soalan panas oleh Ellen mengenai suaminya, David Beckham dan berkongsi pendapat tentang anak sulungnya, Brooklyn, yang telah disenaraikan sebagai ‘Sexiest 20-year-old in People Magazine’s Sexiest Man Alive’.

Dia juga turut bercerita idea anaknya Romeo, memintanya untuk menari lagu-lagu Spice Girls sebagai cara untuk mendapatkan lebih ramai pengikut di laman Instagram.

Sepanjang perkahwinan, Victoria dan David dikurniakan empat orang anak iaitu Brooklyn, 20, Romeo, 17, Cruz, 14 dan Harper, lapan.

Victoria turut memberitahu keputusannya untuk tidak turut serta dalam siri jelajah reunion kumpulannya dan bercerita mengenai produk kecantikan terbarunya.

Dalam masa yang sama, Ellen telah meletakkan’ Spice Posh’ di kerusi panas untuk menjawab soalan tambahan ‘pedas’nya.

Dia yang terkenal dengan pose kakinya yang fleksibel, telah menjadi ikutan oleh beberapa selebriti antaranya Kourtney Kardashian, Cheryl.

Taylor Swift pernah berkongsi foto kucing kesayangannya yang dipanggil Olivia turut melakukan pose kaki fleksibel VB’s.

Pose kaki VB’s (Victoria Beckham) yang terkenal telah mula diperkatakan sekitar Mac 2016 apabila dia berkongsi foto dirinya dengan pose kaki yang sempurna dengan membuka lebih daripada sudut 90 darjah bersama memakai stiletto bertumit tinggi.

Dia turut bergurau dengan mengatakan postur yang mengagumkan itu merupakan hasil dari latihan baletnya.

“It’s amazing what you can do in culottes…those ballet classes are paying off! Thank u“, she wrote.

Leave a Reply