Apa nak jadi? Dah lah mencuri roti, ditumbuknya pula penjaja roti kerana marah dihalang

0

Berikut antara komen dari salah seorang pengguna Twitter yang berasa marah dan kesal melihat rakaman video memaparkan seorang lelaki mencuri roti.

Paparan video ini menunjukkan lelaki berbaju merah sedang mengambil beberapa bungkus roti dari motor seorang penjaja dan beredar tanpa membayarnya.

Setelah penjaja roti menyedari kejadian itu dia bertindak menghalang tindakan lelaki berkenaan  dari membawa lari roti berkenaan.

Namun lelaki itu enggan memulangkan semula bungkusan roti yang dicuri malah melepaskan amarah terhadap penjaja roti.

Akibatnya, keadaan menjadi tegang lalu lelaki terbabit melepaskan bungkusan roti dan bertindak mengasari penjaja roti dengan menumbuk di bahagian dada.

Rata-rata netizen memberi komen negatif apabila melihat sikap biadap lelaki itu.

“Konfiden gangster lebih ni . mana ada gangster curi roti . benak . kurang ajo”

“Miskin buat cara miskin la. Dah la miskin duit, miskin adab lagi ehh panas aku laki sekeping ni 😤

Segelintir netizen juga beranggapan kemungkinan lelaki berkenaan seorang penagih dadah.

“Tak ganja mesti ketum”

“Ini isap gam ni. Beli roti pun x mampu, lagi nak beli ganja?”

Leave a Reply