Mencapai jualan sehingga RM1,000 sehari, cendol durian harga tidak masuk akal mendapat sambutan ramai

0

Mencipta kelainan dengan menjual cendol durian dengan harga yang tidak masuk akal pastinya menjadi tumpuan warga Terengganu.

Shah yang merupakan pemilik Hawk Mokiter Western mencuba pelbagai cabang perniagaan tanpa jemu dan lelah dan sering berkongsi aktiviti jualannya di laman Facebook Hawk Mokiter Western.

Pastinya anda tertanya tanya, apa itu Hawk Mokiter bukan?

Menurut Shah, nama itu bermaksud Hak (Hawk) Mak Kiter/Saya (Mokiter) kerana baginya doa dan restu ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup setiap anaknya.

Shah turut berkongsi pengalaman perniagaannya cendol durian di laman Facebook dan menurutnya, pada awalnya dia berniaga makanan Western di sebuah medan makan namun mungkin bukan rezekinya, Shah telah berhenti berniaga di medan berkenaan.

Kemudiannya dia mencuba membuka gerai dan berniaga buah buahan di kaki lima jalan raya.

Pada awal tahun baru 2020, Shah berazam mahu mencapai hasil jualan sebanyak RM500.00 sehingga RM1000 dalam masa satu hari, kemudiannya dia mendapat idea untuk membuat cendol durian berikutan ketika itu di Johor sedang musim durian.

Bagi memberikan ianya kelihatan menarik, Shah mencuba dengan menjual dengan harga yang murah supaya orang ramai lebih tertarik.

“Alhamdulillah, akalan ambe menjadi dan Allah bagi gaji ambe 500-1k sehari lps start buat cendol durian ni setakat hari ni.. ape yg ambe nk kongsikan kt cni, sebenarnya rezki Allah itu sgt luas dan sgt bnyk.. kite hanya perlu mencari idea, berani,rajin, berusaha dan lakukan.. insyaAllah, rezki akan menjelma..” ujarnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=878824975848984&id=1000116446857

Dari gerai buah buahan ke gerai cendol, kini Shah menaik taraf perniagaannya ke Streel Stall Cendol Durian dan Air Buah dimana pelanggan boleh menikmati hidangan di gerai berkenaan.

Dengan hanya RM15.00 pelanggan akan memperolehi tiga bekas cendol isi durian yang berkualiti.

Shah turut menitipkan pesanan supaya memperbetulkan niat, dan berniatlah bahawa kita mencari rezeki demi keluarga dan jangan sesekali melupakan ibu bapa, malah Shah turut mempelawa kenalan untuk sama-sama berniaga dengan meletakkan makanan atau kuih-muih digerainya bagi membantu orang lain turut mendapat peluang perniagaan.

“Bile nk meniaga makanan ni, pkknlah pasal kehidupan org lain juga, pasal kemampuan diorg, harga tu jgnlh smp xmasuk akal.. berniagalh sebagaimana nabi kite sarankn.. hok paling penting skli, buat makanan tu biarlah dr hati yg ikhlas, buat btul2,jgn buat lebih kurg je, beriknlah kepuasan kepada setiap pelanggan wlpun kite tahu selera org xsmua sama tp kite kna tahu kalau kite sndri pun nk makan sedap, org lain pun mesti nk makan sedap jugop…sekian perkongsian ambe, terima kasih pada pelanggan2 ambe hok support ambe berniaga, ambe harap semua berpuashati dgn ape yg ambe berikan.. kalau ade sikit2 hok xkna tu ambe minta maaf bnyk2..” ujarnya lagi.

https://www.facebook.com/groups/gabungananakterengganu/permalink/3132513950202991/

Gerai Shah beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.30 petang (selagi stok masih ada) namun Shah akan menutup gerainya lebih awal jika stok buah habis.

Lokasi gerai ini berhampiran UNISZA Gong Badak, selepas bulatan ke Kampung Pak Tuyu dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghala ke Wakaf Tengah. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply