Memberus gigi boleh menyelamatkan jantung anda – Dr Jenizan Nordin

0

Adakah jantung anda selamat?

Memberus gigi boleh menyelamatkan jantung anda.

Tidak percaya?

Menurut Exco Persatuan Doktor Pergigian Islam Malaysia, Doktor Jenizan Nordin, bakteria di dalam mulut boleh menjangkiti jantung kita.

Katanya bakteria akan terkumpul dengan banyak di dalam mulut apabila kita ada gigi berlubang, “abscess” gigi, jangkitan kuman, masalah gusi, plak dan karang gigi yang banyak.

“Bakteria di dalam mulut boleh menjangkiti jantung kita. Bakteria akan terkumpul dengan banyak di dalam mulut bila anda ada gigi berlubang, abscess gigi, jangkitan kuman, masalah gusi, plak dan karang gigi yang banyak”, katanya kepada The Malaya Post.

Sementara itu Doktor Jenizan turut menyuarakan kegusaran beliau berhubung kewujudan pakar kecantikan gigi tidak bertauliah yang tumbuh bak cendawan dewasa ini.

Katanya mereka lebih berani dan sanggup memotong serta mengasah gigi untuk memasang “veneer” gigi.

“Wujudnya beautician yang menawarkan khidmat memasang veneer dan memutihkan gigi amat membimbangkan.

“Mereka juga sudah agak advance dengan sanggup memotong dah mengasah gigi untuk memasang veneer ini”, katanya.

Oleh itu jagalah kebersihan gigi kita dan pastikan berjumpa doktor gigi yang bertauliah sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta. — THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply