Memang minta dikecam? Fotografi koleksi busana pengantin di lokasi tanah perkuburan Kristian dicemuh ramai

0

Pengusaha butik perkahwinan dikecam teruk apabila foto seorang model menggayakan busana pengantin di lokasi tanah perkuburan yang dimuatnaik olehnya mula tular di media sosial.

Difahamkan, pemilik butik @mummyqueen.co berkongsi beberapa foto koleksi busana pengantin berhijab keluaran terbarunya.

Namun perkongsian itu mengundang kecaman di kalangan warga maya apabila sesi pengambaran itu dipercayai diadakan di lokasi tanah perkuburan penganut Kristian!

Beberapa foto terbabit menjadi perhatian ramai apabila aksi model berbusana pengantin kelihatan duduk dan terbaring di lokasi perkuburan terbabit.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tidak boleh diterima akal fikiran dengan tindakan dan idea pelik itu.

Menurut pengguna Twitter @chrissytwittwit yang berkongsi mengenai isu ini memaklumkan dia menegur tindakan pemilik busana perkahwinan terbabit di Instagram dan meminta untuk memadam foto-foto berkenaan tetapi teguran itu tidak dihiraukan sama sekali.

Setelah isu ini menjadi viral, pemilik akaun terbabit memilih untuk menyekat dan menukar profile akaun secara ‘private’.

Jika viral dijadikan pilihan untuk mempromosikan produk perniagaan, carilah idea yang bernas tanpa menimbulkan keresahan ramai.

Leave a Reply