Memancing dengan selamat, Jabatan Perikanan keluarkan SOP khas untuk kaki pancing

0

Adakah aktiviti memancing dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Sejajar dengan perutusan khas PKPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengeluarkan SOP khas untuk membolehkan aktiviti ini dilaksanakan dengan selamat bagi meminimakan risiko kesihatan pemancing.

Bagi mengelakkan aktiviti perhimpunan ramai atau berlakunya sentuhan badan, aktiviti memancing di tepi pantai, tebing sungai, kuala atau tasik yang tidak memerlukan penggunaan bot atau sampan adalah dibenarkan.

Para pemancing diwajibkan untuk mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan mengikut tempoh masa yang dibenarkan iaitu dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja dan lokasi memancing hendaklah tidak melebihi radius 10 kilometer.

Ketika berada di luar juga perlu menjaga perjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter serta elakkan berkumpul di dalam kumpulan yang besar.

Walaupun terdapat beberapa sektor sosial yang diberikan kelonggaran namun aktiviti memancing di kolam pancing atau di laut adalah masih dilarang sama sekali.

Bagi warga net yang tertanya-tanya tentang adakah aktiviti memancing dibenarkan di dalam tempoh Perintah Kawalan…

Dikirim oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Sabtu, 02 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply