Media Prima dikhabarkan akan hantar notis berhenti pada 16 Disember?

0

Media Prima Bhd dijangka secara rasmi menghantar notis pemberhentian kepada 1,500 pekerja pada esok hari.

Pada 1 November, firma itu mengumumkan satu transformasi dan penstrukturan semula yang akan dilakukan sehingga suku pertama tahun 2020.

Difahamkan, mereka sudah menawarkan skim  pemisahan sukarela atau Voluntary Separation Scheme (VSS) dua kali sebelum ini.

Dipercayai pada esok hari (Isnin, 16 Disember) kita akan mengetahui siapa yang akan diberhentikan dan masih bekerja.

Khabar angin kuat mengatakan firma itu mahu mengurangkan kira-kira 1,500 pekerja.

Media Prima juga sedang berusaha mengurangkan separuh jumlah editorial bagi akhbar-akhbar di News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Bagaimanapun, pengurangan paling banyak dijangka dilakukan ke atas kumpulan penyiaran Sri Pentas.

Leave a Reply