MCMC keluarkan 92 kompaun bernilai RM4.6 juta setakat suku kedua tahun ini

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 92 kompaun bernilai RM4.6 juta setakat suku kedua tahun ini ke atas syarikat-syarikat telekomunikasi atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Kesemua kompaun yang dikeluarkan meliputi kesalahan prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian panggilan (talian hotline pelanggan).

Memetik kenyataan media, MCMC berkata jumlah dan nilai kompaun sehingga suku kedua tahun ini adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah keseluruhan sepanjang tahun 2019 yang menyaksikan hanya 26 kompaun bernilai RM960,000 dikeluarkan.

Antara jumlah dan nilai kompaun syarikat komunikasi setakat suku kedua tahun 2020 ialah :

i) Celcom Axiata Berhad
– Jumlah kompaun : 24
– Nilai kompaun : RM1.2 juta

ii) Digi Telecommunications Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 31
– Nilai kompaun : RM1.55 juta

iii) Maxis Broadband Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 28
– Nilai kompaun : RM1.4 juta

iv) TT dotCom Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 5
– Nilai kompaun : RM250,000

v) Telekom Malaysia Berhad
– Jumlah kompaun : 4
– Nilai kompaun : RM200,000

Dengan nilai yang tercatat, jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak 92 manakala nilai kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC kepada syarikat telekomunikasi setakat suku kedua 2020 atas ketidakpatuhan Standard Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQos) adalah berjumlah RM4.6 juta.

Siaran Akhbar: MCMC KELUARKAN 92 KOMPAUN BERNILAI RM4.6 JUTA KEPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI ATAS KETIDAKPATUHAN STANDARD MANDATORI BAGI KUALITI PERKHIDMATAN (MSQoS)#AKM1998#MCMC#MSQoS

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Friday, 3 July 2020

Bagi jumlah dan nilai kompaun sepanjang tahun 2019 pula adalah :

i) Celcom Axiata Berhad
– Jumlah kompaun : 1
– Nilai kompaun : RM50,000

ii) Telekom Malaysia Berhad
– Jumlah kompaun : 10
– Nilai kompaun : RM500,000

iii) UMobile Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 6
– Nilai kompaun : RM60,000

iv) Webe Digital Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 6
– Nilai kompaun : RM200,000

v) YTL Broadband Sdn Bhd
– Jumlah kompaun : 3
– Nilai kompaun : RM150,000

Dengan itu, jumlah kompaun dicatatkan sebanyak 26 manakala nilai kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC kepada syarikat telekomunikasi sepanjang 2019 atas ketidakpatuhan Standard Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQos) adalah bernilai RM960,000.

Dengan catatan peningkatan jumlah kompaun yang dikeluarkan sehingga suku kedua 2020 itu, ianya telah mencerminkan ketegasan dan komitmen pihak MCMC dalam memastikan kualiti dan pengalaman pengguna sentiasa terjamin.

Ia juga sekaligus dapat mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap industri komunikasi dan multimedia negara serta memastikan kemampanan industri terhadap kepentingan pengguna untuk jangka masa panjang.

Pihak MCMC juga akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, MSQoS dan Kod Pengguna Am.

Bagi mereka yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap kesalahan.

Pihak industri adalah disarankan agar meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan pengguna dan seterusnya
memperkukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply