MBKT hanya benarkan perkhidmatan penting negara (Essential Services) beroperasi

0

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengarahkan beberapa aktiviti perniagaan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ditutup berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac.

Antara yang terlibat dengan penutupan tersebut termasuklah semua premis dan kompleks perniagaan, gerai makan tepi jalan, penjaja beredar, pasar malam, pasar pagi serta pasar tani.

Manakala, pengecualian penutupan dan penetapan waktu operasi diberikan kepada pasaraya bahagian peruncitan sahaja, pasar awam berbangunan, klinik, farmasi, kedai runcit dan serbaneka serta premis yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (Essential Services).

MBKT menegaskan bagi semua premis atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi hendaklah menghentikan waktu jualan sebelum jam 6.30 petang.

Selain itu, perniagaan seperti restoran, kedai makan, pusat penjaja dan medan selera dibenarkan beroperasi sehingga jam 9.30 malam dan pusat pembaikian atau servis kenderaan perlu beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Arahan ini selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Nerjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan menjadi satu kesalahan jenayah jika gagal mematuhi arahan terbabit sehingga boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply