MB rakam penghargaan buat Tun M, atas jasa dan bakti pada negeri Perak dan Malaysia

0

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengambil pendekatan sama seperti yang diingini Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan turut merancang menjadikan Pulau Pangkor sebagai sebuah pulau bebas karbon dengan memperkenalkan penggunaan kenderaan elektrik secara berperingkat.

Dalam petikan ucapan sembah sempena Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2020 Peringkat Negeri Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal berkata untuk pemulaan kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar kesemua teksi merah jambu dipulau berkenaan dengan van-van berkuasa elektrik.

“Perkara ini dapat dilaksanakan melalui bantuan peruntukan khas yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri yang ke-7, Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Disember tahun lalu.

“Bagi pihak Kerajaan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad yang tercinta di atas segala kebaikan jasa dan bakti yang dicurahkan kepada nusa dan bangsa,” ujar beliau.

Dalam ucapan penuh emosi beliau turut berjanji akan meneruskan setiap usaha dan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk rakyat dalam membina nusa dalam menitik beratkan soal integriti dan menolak kemungkaran.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply