MB Perak umum Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Fasa Kedua

0

Kerajaan Perak mengambil langkah proaktif mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Fasa Kedua yang memberi fokus membantu komuniti perniagaan khususnya pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta golongan sasar yang terkesan dengan wabak pandemik di luar jangkaan sekaligus memerlukan masyarakat menjalani norma baharu dalam kehidupan seharian.

Prihatin dengan kesulitan yang dialami oleh semua usahawan dan pelbagai sektor lain, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha merangka pakej rangsangan terbabit telah dimulakan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Pakej Rangsangan Ekonomi negeri fasa kedua kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM71.17 juta untuk membantu rakyat Perak yang terkesan.

Mendengar keluh kesah dan kebimbangan dewan-dewan perniagaan, persatuan peniaga dan penjaja kecil mengenai kesan PKP terhadap survival perusahaan dan perniagaan PKS, pentadbiran pimpinan Dato’ Seri Ahmad Faizal sedar perlunya ada inisiatif tambahan oleh kerajaan negeri sebagai pelengkap kepada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Antara sektor yang akan menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa Kedua oleh kerajaan negeri Perak, antaranya :

1)SEKTOR PERNIAGAAN RM18.36 JUTA

RM10 JUTA PEMBIAYAAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA

• Pembiayaan mudah akses kepada usahawan PKS

• Kerjasama dengan institusi perbankan dan rakan strategik.

• Suntikan modal dan meningkatkan aliran tunai usahawan PKS

2)RM5 JUTA PINJAMAN MIKRO TABUNG USAHAWAN

• Di bawah kendalian Yayasan Perak.

• Kelonggaran syarat permohonan kepada peniaga kecil dan usahawan punyai masalah rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS)

3)RM1.65 JUTA PEMERKASAAN USAHAWAN DAN INISIATIF E-DAGANG

• RM1 juta program Geran Prihatin Usahawan Bumiputera Negeri Perak dengan kerjasama SME Corp

• RM420 ribu Latihan Usahawan E-Dagang

• RM230 ribu bangunkan S.M.A.R.T. Niaga @ Perak bantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian

• Yayasan Perak dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia rangka strategi galakkan usahawan kecil dan sederhana di luar bandar dan tidak berlesen tubuhkan koperasi

4)LANJUTAN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN PREMIS PERNIAGAAN

• Tarikh akhir bayaran cukai taksiran premis perniagaan dilewatkan dari bulan Ogos kepada bulan Oktober 2020

• Tarikh akhir bayaran cukai tanah bagi tahun 2020 dilewatkan dari 31 Mei kepada 30 Jun 2020

• Diskaun bil air berperingkat kepada pengguna perniagaan dan industri antara 2 peratus hingga 20 peratus mulai Mei hingga Ogos 2020

5)SEKTOR PERTANIAN

• RM15.6 juta penjajaran program sedia ada dan dana tambahan projek-projek pertanian, penternakan serta perikanan berimpak tinggi

• RM0.86 juta Bantuan Khas Input Pertanian seperti baja dan racun kepada pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan (pada kadar RM3,000 sehektar atau maksimum RM10,000) manfaat kepada 285 petani

• Memperkasa pelaksanaan Projek Pertanian Bandar (Urban Farming) dan Pertanian Bertingkat (Vertical Farming).

(i) Projek tanaman sayur-sayuran dan herba secara hidroponik di Taman Herba, Simpang Pulai

(ii) RM1.7 juta diperuntukkan bagi Projek Perikanan Bandar – pembangunan bekas lombong untuk aktiviti ternakan ikan air tawar secara berkelompok, sasaran pendapatan bulanan RM1,500 – RM3,000 sebulan.

• RM0.79 juta kempen Bumi Hijau manfaatkan 10,500 isi rumah terpilih

• RM0.6 juta untuk Bantuan Penternak Akuakultur dan Nelayan – bantuan peralatan menangkap ikan kepada 285 nelayan darat, bantuan khas makanan ikan kepada 85 penternak akuakultur & pembelian benih udang galah daripada pengusaha yang terjejas

• Projek Ternakan Kerang seluas 815 ekar di Lekir yang dikenali dengan nama Kebun Kerang Lekir – Fasa pertama projek libatkan 165 ketua isi rumah

6)SEKTOR PELANCONGAN

• RM10.84 juta

• Naik Taraf Infrastruktur Pelancongan

• Strategi Penggalakkan Pelancongan. Ini melibatkan aspek promosi, pemasaran, penganjuran acara, digitalization dan pembangunan

• Pengecualian Bayaran Kadar Cukai Tiket kepada pengusaha taman tema sehingga 31 Disember 2020

• Pengecualian Bayaran Pembaharuan Lesen Hotel kepada 560 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

7)SEKTOR PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN

RM1.84 JUTA BANTUAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL DAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

• RM0.85 juta adalah untuk bantuan sewa premis pada kadar rata RM500 sebulan selama tiga (3) bulan.

• Manfaatkan 567 buah institusi berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

• RM500 bantuan one-off kepada 1,977 pendidik dan pengasuh

RM3.42 JUTA BANTUAN Maahad Tahfiz swasta

• Bantuan RM10,000 kepada 116 buah Maahad Tahfiz swasta dengan peruntukan berjumlah RM1.16 juta

• Bantuan Sara Diri Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz iaitu sebanyak RM800 seorang kepada 2,830 orang guru dengan peruntukan berjumlah RM2.26 juta.

WORKFORCE TRANSFORMATION PROGRAMME (WORK PRO)

• RM4.3 JUTA skim latihan Workforce Transformation Programme (Work-Pro)

• 1,500 orang peserta di bawah Fasa 1 program ini yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak

• 3 kategori Latihan; Program Latihan Kemahiran Baru (Reskilling), Program Latihan Sambil Bekerja (Dual -Skills) dan Program Latihan Pemerkasaan Kemahiran Sedia Ada

8)SEKTOR KEBAJIKAN DAN SOSIAL

• RM1.4 juta peruntukan tambahan bantuan perkapita RM150 kepada pusat-pusat jagaan dan pusat-pusat perlindungan

• Manfaat hampir 6,000 anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya di rumah-rumah kebajikan.

• Percepatkan penubuhan Institusi Pembangunan Wanita dan Sosial (IPWS)

9)PENGECUALIAN DENDA DAN DISKAUN BAYARAN CUKAI TANAH

• Pengecualian denda lewat bagi Cukai Tanah Berulang sehingga 31 Ogos 2020 untuk semua jenis hak milik

• Pemberian diskaun 10 peratus hingga 20 peratus ke atas Tunggakan Cukai Tanah

a) Diskaun 20 peratus tunggakan cukai tanah kepada pemilik yang menjelaskan bayaran sekaligus antara Jun hingga Julai 2020;

b) Diskaun 15 peratus tunggakan cukai tanah kepada pemilik yang menjelaskan bayaran secara 3 ansuran antara Jun hingga September 2020; dan

c) Diskaun 10 peratus tunggakan cukai tanah kepada pemilik yang menjelaskan bayaran secara 5 ansuran antara Jun hingga Disember 2020.

• Diskaun 10 peratus ke atas bayaran premium tanah bagi Notis 5A dan 7G yang tamat tempoh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh 3 bulan dari tarikh tamat PKP

10)SEKTOR MAKANAN & SUKAN DAN REKREASI

• Pelanggan dibenar makan di semua premis makanan atas persetujuan pengusaha

• Aktiviti riadah di taman-taman rekreasi awam dibenarkan

• Berkuatkuasa serta merta

• Termaktub kepada syarat ketat Prosedur Operasi Standard (SOP)

11)BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2020 BERJUMLAH RM1,000 SEORANG KEPADA SEMUA KAKITANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERAK

Dalam pada itu, Menteri Besar mewakili seluruh pentadbiran serta rakyat negeri Perak menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di atas pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seluruh negara. Alhamdulillah, pada 6 April lalu, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN” dengan peruntukan susulan RM10 bilion.

Terdahulu, kerajaan negeri telah meluluskan pakej bantuan kewangan awal di bawah Bantuan Fasa Pertama, jumlah keseluruhan Pakej berjumlah lebih RM30.44 juta telah memberi fokus kepada mereka yang kehilangan pendapatan atau hasil perniagaan harian dan juga wira-wira petugas barisan hadapan.

Pakej bantuan berkenaan merupakan inisiatif yang benar-benar memberi tumpuan kepada membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply