MB Perak lantik ADUN BN sebagai Setiausaha Politik baharu

0

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Dato’ Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang baharu berkuatkuasa serta merta.

Menurut beliau, pelantikan ADUN dari parti Barisan Nasional dibuat bagi menggantikan Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

“Pelantikan YB Dato’ Haji Aznel sebagai Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak yang baharu juga adalah manifestasi komitmen saya kepada kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh,” ujar beliau.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata pelantikan YB Dato’ Haji Aznel yang juga Timbalan Kerua Bahagian UMNO Gerik akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara kepimpinan BERSATU, UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply