MB Perak buat kejutan, sumbang lebih 2,000 penutup muka kepada penghantar makanan Foodpanda, Grabfood

0

IPOH 9 April – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini membuat kejutan kepada para penghantar makanan Foodpanda dan Grabfood apabila berhenti serta bertanya khabar sekali gus menyerahkan sumbangan kira-kira 2,100 keping penutup muka untuk kegunaan mereka.

Kapten Foodpanda Ipoh, Muhamad Farhan ‘Afif Khairuddin berkata, pihaknya tidak menyangka Menteri Besar sendiri yang turun padang menyerahkan sumbangan penutup muka itu dan ia merupakan satu penghargaan kepada para penghantar makanan di sekitar bandar raya ini.

“Menteri Besar meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dan beramah mesra dengan kami daripada Foodpanda serta Grabfood.

“Beliau juga sempat berpesan agar sentiasa menjaga kesihatan diri serta menjaga jarak antara kami dan pelanggan memandangkan musuh utama negara ketika ini merupakan Covid-19,” katanya kepada Perak Gazette.

Tambah Farhan ‘Afif, Menteri Besar juga turut berpesan agar semua penghantar makanan menunggang motosikal dengan baik selain mematuhi peraturan jalan raya.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar kerana prihatin dengan keselamatan kami yang bekerja sebagai penghantar makanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,” katanya.

MB Perak buat kejutan, sumbang lebih 2,000 penutup muka kepada penghantar makanan Foodpanda, GrabfoodIPOH 9 April -…

Dikirim oleh Perak Gazette pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply