MB Peja rakam penghargaan, terima hadiah biskut raya istimewa

0

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkongsi rasa terharu dan menzahirkan penghargaan kepada anak-anak istimewa dari beberapa sekolah khas di Taiping di atas hadiah dan perkongsian biskut raya yang dibuat sendiri oleh para pelajar istimewa ini.

Anak-anak istimewa terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebooknya @Faizal Azumu, beliau mengalu-alukan pertubuhan NGO dan persendirian untuk tampil memberi sokongan dan bantuan kepada golongan istimewa ini.

Beliau dan isteri turut menitipkan doa semoga anak-anak istimewa ini sentiasa berada dalam rahmat yang maha esa.

TERHARU TERIMA BISKUT RAYA SENTUHAN ANAK-ANAK ISTIMEWA MB Peja dan Dr Nomee kongsikan rasa terharu dan setinggi-tinggi…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Kamis, 28 Mei 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply