MAYC harap bakal Menteri Belia dan Sukan fokus isu anak muda dan kembalikan kegemilangan pertubuhan belia

0

Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Syahbuddin Hashim berharap agar Perdana Menteri akan membuat keputusan yang bijak dan tepat sewaktu melantik Menteri Belia Dan Sukan yang baharu.

Ini sejarah telah membuktikan sepanjang 22 bulan yang lalu pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini hampir lumpuh dan mati dek kerana Menteri Belia dan Sukan yang tidak mempunyai pengalaman dan tidak pula mahu memahami pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini.

“Semoga Menteri Belia Dan Sukan yang akan dilantik nanti mempunyai jiwa dan roh perjuangan anak muda dan golongan bella secara keseluruhannya dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan belia sahaja,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Galas berkata MAYC mengharapkan seseorang yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dapat kembali fokus kepada isu-isu anak muda seperti pendidikan, kebolehpasaran mahasiswa, peluang pekerjaan dan masalah pengganguran.

Malahan isu-isu ini seharusnya ditangani dengan telus dan tuntas dan bukannya retorik politik semata-mata.

“MAYC kini meletakkan sepenuh kepercayaan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengembalikan kegemilangan pertubuhan-pertubuhan belia negera seperti sebelum-sebelum ini.

“Kestabilan politik negara baru-baru Ini amatlah tidak sihat buat pertumbuhan ekonomi negara dan keharmonian rakyat jelata secara keseluruhannya, dan berharap agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat segera memperbetulkan kembali segala kekurangan dan kesilapan kerajaan terdahulu terutamanya perkara-perkara yang berhubung kait dengan pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini dan berharap kegemilangan pertubuhan belia dapat dikembalikan seperti sedia kala,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur apabila kemelut politik tanah air yang berlaku hampir seminggu selesai dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 dan menjunjung kasih kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibnl Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang telah dengan sabar dan bijaksana menyelesaikan krisis peralihan kuasa ini. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply