Mati ditikam kerana terpijak kepala ketika tidur

0
Foto Ehsan PDRM

Gara-gara berang akibat kepalanya terpijak ketika sedang tidur, penjaga ayam bertindak menikam seorang lelaki sehingga mati.

Kejadian berlaku jam 11.46 malam tadi di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 38 tahun bersama bapa sepupunya pergi ke rumah seorang ahli keluarga mereka di lokasi kejadian.

Lapor Berita Harian, suspek yang juga seorang warga Thailand dikenali sebagai Man Siam, berusia sekitar 20-an tinggal di reban ayam di belakang rumah kerana bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik ahli keluarga mereka itu sejak awal, tahun ini.

“Apabila tiba di rumah ahli keluarga, mangsa yang mengenali suspek pergi ke reban ayam di belakang rumah untuk mencarinya.

“Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung,” katanya.

ACP Abdul Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia.

Polis sedang giat mengesan Man Siam yang melarikan diri dan meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat jika mengetahui apa-apa berhubung kes itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply