Masyarakat Orang Asli Kg Sri Gumum terima komputer riba

0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Zahidi Zainul Abidin turun padang melawat Pejabat Penerangan Daerah Pekan Pahang.

Pada lawatan kerja berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan komputer riba sumbangan Celcom kepada Masyarakat Orang Asli di Kg Sri Gumum.

Memetik perkongsian dari laman Facebook rasminya, beliau percaya sesi berkenaan dapat memantapkan lagi strategi bagi setiap jabatan dan juga agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Pahang.

Alhamdulillah pagi ini saya berkesempatan untuk mengadakan lawatan kerja di Pejabat Penerangan Daerah Pekan…

Posted by Zahidi Zainul Abidin on Thursday, 18 June 2020

Ianya bagi memastikan visi KKKM untuk menjadikan Masyarakat Terhubung, Berinformasi, Kreatif dan Berbudaya Digital sebagai realiti.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan perhargaan terhadap Jabatan Penerangan, MCMC, TM, BERNAMA, POS Malaysia, Jabatan Penyiaran dan juga FINAS yang merupakan barisan hadapan sektor Komunikasi dalam mendepani pandemik COVID-19.

#KKMM
#KitaJagaKita
#KomunikasiKita

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply