Maskara anda bergumpal kerana kekeringan? Gunakan tip mudah ini

0

Sepasang mata yang cantik ditambah pula dengan bulu mata panjang dan lebat pasti menjadi idaman setiap wanita.

Untunglah mereka yang mempunyai kecantikan asli ini.

Namun, bagi anda yang mempunyai bulu mata pendek dan jarang, usah rendah diri.

Kini, terdapat pelbagai jenis maskara yang bagus di pasaran.

Pasti ada satu yang sesuai denganmu.

Tahukah anda, waktu penggunaan maskara selepas membuka tiubnya adalah antara tiga hingga empat bulan.

Paling lama pun cuma enam bulan bergantung kepada cara penggunaan dan penyimpanannya.

Bagi anda yang mengalami masalah maskara di mana isinya dah kering dan bergumpal.

Kalau ia memang dah melebihi tarikh luputnya, tak apalah, kan? Memang patut buang, takut ia menggatalkan mata. Tapi kalau ia baru saja dibeli dua tiga bulan lepas? Jom kami kongsi cara mengatasinya.

1. Rendam bahagian bawah maskara dalam air panas selama 5 – 7 minit atau bergantung kepada kekeringan maskara.

2. Masukkan beberapa titik air titisan mata / eye drop ke dalam maskara. Tutup rapat dan goncangkan.

3. Campurkan beberapa titik minyak bayi. Kaedahnta sama seperti eye more.

4. Krim vaseline dan krim lidah buaya mampu mencairkan maskara yang kering dan keras. Masukkan sedikit dalam maskara. Pusing-pusingkankan batang maskara agar sebati dan tutup rapat.

Selain itu, ada beberapa tips agar maskara tidak mudah kering.

1. Hindarkan kebiasaan mengocok bahagian sikat maskara supaya cairan maskara tetap rata di bagian sikatnya.

2. Cara sebenar memakai maskara adalah dengan memutar penutupnya, lalu tarik perlahan sikat maskara.

Tidak perlu mengocok berkali-kali, kerana dengan cara ini membuatkan udara dari luar masuk ke dalam yang mengakibatkan cairan cepat kering.

3. Tutup rapat setelah digunakan.

4. Simpan maskara pada suhu bilik dan tidak terkena sinar matahari secara langsung.

5. Waktu penggunaan maskara terbaik adalah tiga hingga empat bulan.

Nah! Jangan dibuang jika maskara anda mengering. Cuba dahulu tips di atas ya. Selamat mencuba.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply