Marzuki Yahya bertanding Timbalan Presiden BERSATU

0

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU

Perkara itu dinyatakan ketika dihubungi The Malaya Post sebentar tadi.

Borang pencalonan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar.

Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada hari ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu.

Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply