Manusia durjana…Pengasuh, suami dicekup kerana disyaki bunuh bayi 9 bulan

0

Seorang pengasuh wanita dan suaminya dicekup polis selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan, Selasa lalu.

Pasangan berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU 1A/42 jam 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pada mulanya polis menerima maklumat daripada seorang doktor hospital kerajaan mendakwa menerima bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi itu dibawa seorang lelaki dipercayai suami pengasuh kira-kira pukul 7 malam pada hari kejadian.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah ACP Mohamad Fakhrudin, bertindak atas maklumat itu polis menahan pasangan suami isteri itu bagi membantu siasatan lanjut.

Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah.

“kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply