Manohara Odelia Pinot atau digelar ‘Mano’, ‘PraHara’ dan ‘Pinot Grigio’, merupakan seorang model dan sosialit dari Indonesia yang memiliki ratusan ribu pengikut di laman Instagramnya.
https://instagram.com/manodelia?igshid=a0qam03c64za
Manohara yang sering berkongsi gambar dan aktivitinya di laman Instagram menjadi bualan hangat netizen dan timbul ura-ura dia sudah menganut agama Kristian.
Di laman Instagramnya, dia banyak berkongsi foto bersama anjing peliharaannya.
Perkara berkenaan menguatkan lagi desas-desus bahawa Manohara sudah menukar pegangan agamanya.
Namun Manohara bertindak menyangkal khabar angin terbabit dan menurut Manohara isu itu hanyalah gosip semata-mata.
Terdahulu Manohara pernah terpalit dengan kontroversi apabila digosipkan mempunyai hubungan intim dengan seorang pemain golf.