Manfaat daun sirih untuk masalah kewanitaan

0

Sirih memiliki banyak manfaat untuk kesihatan antaranya mengatasi pelbagai masalah kewanitaan.

Rata-rata individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Apakah nutrisi daun sirih yang dapat memberi khasiat terhadap tubuh? Jom baca!

Petua 1 – Besarkan payudara

Layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin.

Apabila daun telah terasa suam atau agak layu tekapkan daun sirih tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika.

Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Petua 2 – Keputihan

Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan.

Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.

Petua 3 – Haid tidak teratur

Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih.

Amalan ini dapat membantu masalah haid tidak teratur berkurang.

Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu.

Petua 4 – Ketiak gelap

Campurkan air kapur sirih dengan limau nipis serta digosokkan pada ketiak selepas mandi.

Amalkan selama tujuh hari untuk mendapatkan kesan cerah pada ketiak serta kurang berbau.

Petua 5 – Perut buncit

Campurkan kapur sirih dengan limau nipis dan sapu rata pada perut setiap malam sebelum tidur.

Amalkan selama sebulan berselang setiap malam untuk mengatasi masalah perut buncit.

Petua 6 – Mulut berbau

Ramas-ramas sehelai daun sirih dan masukkan ke dalam secawan air suam dan berkumur.

Masalah mulut berbau akan dapat diatasi sekiranya konsisten mengamalkannya selama sebulan pada setiap pagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply