Manchester United labur hampir setengah bilion seminggu untuk skuad benteng pertahanan

0

Pada musim ini Manchester United (MU) dilihat melaburkan angka yang besar bagi menguatkan benteng pertahanan mereka dengan lima pemain terbaik.

Luke Shaw selaku pemain posisi kiri yang dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan musim lalu telah dilanjutkan kontrak oleh MU dan dibayar gaji £200 ribu seminggu.

Luke Shaw

Harry Maguire, posisi tengah dan Aaron Wan-Bissaka, posisi kanan merupakan pemain baru yang dibawa masuk oleh MU masing-masing ditawarkan gaji sebanyak £190 dan £90 ribu.

Harry Maguire
Aaron Wan-Bissaka

Pemain posisi pertahanan, Victor Lindelof juga tidak ketinggalan menerima pakej istimewa sebanyak £120 ribu seminggu bagi memenuhi kedudukan itu.

Victor Lindelof

Dalam pada itu, MU berjaya mengekalkan posisi penjaga gol mereka, David Dea Gea atas persetujuan bersama diberi bayaran paling tinggi dengan nilai £375 ribu seminggu.

David Dea Gea

Gabungan lima pemain tersebut kira-kira £975 ribu atau sekitar RM5.23 juta seminggu pendapatan mereka telah dilaburkan oleh MU.

Susulan hasil gandingan lima pemain ini dibelakang telah digelar sebagai benteng kebal untuk pasukan Manchester United. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply