Mampukah rakyat menjaga SOP kawalan kendiri ketika perayaan?

0

Lebih kurang berbaki sembilan hari lagi seluruh umat Islam bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2020.

Namun dalam keterujaan bagi menyambut Syawal sedikit sebanyak timbul juga kerisauan di hati apabila memikirkan negara kini dilanda wabak COVID-19 yang telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Permasalahan wabak pandemik ini sudah pasti menjadi kegusaran kepada seluruh rakyat.

Persoalannya, mampukah rakyat menjaga SOP kawalan kendiri semasa hari perayaan?

Adakah negara boleh kekalkan jumlah kes COVID-19 sedia ada dan tidak berlakunya kluster baharu pada musim perayaan?

Persoalan sebegini menjadi pertanyaan bagi seluruh rakyat terutamanya pihak kesihatan yang telah bertungku lumus menjaga, mencengah dan membendung penularan wabak ini.

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dalam satu kenyataan di laman Twitternya juga turut meluahkan rasa kebimbangan.

Ini berikutan apabila beliau mengambil maklum berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Korea Selatan dan Jerman setelah mengadakan satu perhimpunan keluarga malah ada yang menyebabkan kematian.

“Jika kita tidak mengambil langkah mencegah penyebaran, kita boleh hilang segala usaha dan kawalan yang kita lakukan selama ini. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita”, tulis beliau di Twitter.

Memetik laporan Public Health Malaysia, di Arab Saudi telah mengumumkan perintah berkurung pada tempoh perayaan Aidilfitri bermula 23 sehingga 27 Mei 2020.

Tanpa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mampukah pergerakan masyarakat dihentikan dari melakukan ziarah dan berkunjung?

[Artikel ini telah ditambah dengan info terbaru] Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebentar tadi menyatakan bahawa beliau…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Kamis, 14 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply