‘MalaysiaMudah’ kurangkan beban peraturan tidak perlu dan birokrasi bantu syarikat, perniagaan

0

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ‘MalaysiaMudah’ atau MyMudah bagi membantu syarikat dan perniagaan dari dibebani peraturan tidak perlu dan kerenah birokrasi serta mengurangkan kos perniagaan selain merangsang pewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

MalaysiaMudah juga mampu mengurangkan beban peraturan yang tidak perlu dan birokrasi bagi membantu syarikat dan juga perniagaan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri juga memandang serius langkah ini dan beliau mengarahkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) serta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk melakukan intervensi dan bertindak sebagai badan penyelesai masalah dalam menanganinya dan perkara terbabit telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau semalam.

“Para pemilik syarikat dan perniagaan yang terbabit juga boleh mengemukakan beban peraturan dan birokrasi yang mereka hadapi melalui Portal Konsultasi Awam Atas Talian (Unified Online Public Consultation Portal) selain pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan oleh EAC dan MPC.

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Selasa, 21 Juli 2020

“Kesemua beban yang dibangkitkan akan dianalisa oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), seterusnya dibawa ke Mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum keputusan dibuat.

“Keputusan yang dibuat di Mesyuarat EAC juga akan dilaksanakan oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri terbabit,” ujar beliau.

Menurutnya, melalui inisiatif ini pihak kementerian dan kerajaan negeri dapat mengurangkan peraturan tidak perlu serta meningkatkan kecekapan perfungsian dan operasi mereka.

Selain itu, pihak kementerian dan kerajaan negeri juga diminta untuk menetapkan sasaran yang jelas dalam usaha mengurangkan kos pematuhan peraturan (termasuk jumlah prosedur dan jangka masa pemprosesan) yang dikenakan kepada syarikat dan perniagaan.

PEMUDAH juga akan memantau prestasi setiap kementerian dan kerajaan negeri serta membuat laporan berkala kepada Maijlis Tindakan Ekonomi.

Di samping itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui MPC juga akan memberi panduan dan khidmat nasihat kepada semua kementerian dan kerajaan negeri dalam pelaksanaan inisiatif ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply