Malaysia benam Indonesia 3-2

0

Aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini menyaksikan Harimau Malaya menang ke atas Indonesia 3-2.

Ternyata gol pada minit 97 oleh Mohamadou Sumareh menggamatkan suasana Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta dengan jeritan ribuan penyokong pasukan Malaysia yang bersorak kegembiraan.

Walaupun Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu ketinggalan selepas pemain kelahiran Brazil Alberto Goncalves meledak gol pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-12.

Namun, pemain gantian dari kelahiran Gambia, Sumareh yang mendapat kerakyatan Malaysia tahun lalu menyamakan kedudukan 25 minit kemudian.

Dua minit kemudian, penyerang Indonesia, Goncalves berusia 38 tahun meletakkan Garuda di depan semula.

Malaysia kemudiannya menyamakan kedudukan melalui Sapawi Rashid sebelum Sumareh memastikan Harimau Malaya pulang bergaya.

Keputusan, Malaysia menang ke atas Indonesia 3-2.

Tahniah!🇲🇾🇲🇾

Leave a Reply