Malaysia tewas 1-2 ke atas UAE

0
Foto: FAM

Perlawanan ke dua bagi pasukan Harimau Malaya di kejohanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia bagi kumpulan G menyaksikan Malaysia tewas 1-2 ke atas UAE.

Foto: FAM

Pada babak pertama Malaysia mempamerkan aksi cantik apabila berjaya mendahului seawal minit  pertama hasil hantaran lintang Matthew Davies dan berjaya ditanduk kemas oleh Syafiq Ahmad.

Mara ke aksi seterusnya perlawanan berlangsung  sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Foto: FAM

Namun pada minit ke 43, UAE berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui hantaran lintang Mohamed Saleh Almenhali yang disudahkan Ali Mabkhout menerusi tandukan.

Foto: FAM

Farizal berjaya menepis bola berkenaan, tetapi tepisan beliau ternyata tidak dapat menghalang bola berkenaan menerjah masuk ke pintu gol Malaysia.

Bersambung pada babak kedua, perlawanan berlangsung agak tenang dan menyebabkan pertahanan negara leka di mana akhirnya mengakibatkan gawang gol Malaysia sekali lagi bolos pada minit ke-75.

Gol berpunca daripada hantaran daripada penjaga gol UAE, Khalid Eisa tepat kepada Ali Mabkhout yang kemudian dengan mudah menewaskan Farizal bagi menjadikan kedudukan UAE 2 – Malaysia 1.

Walaupun pemain-pemain negara melancarkan serangan bertubi-tubi di penghujung permainan, namun kekebalan pertahanan UAE menyebabkan Malaysia gagal mencari gol penyamaan.

Keputusan akhir menyaksikan Malaysia 1 dan UAE 2.

Foto FAM

Kekalahan di tangan UAE malam ini menyebabkan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-3.

Manakala Thailand yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 mengungguli Kumpulan G dengan mengumpul 4 mata.

Diikuti UAE, tiga mata, sama seperti pasukan Malaysia tetapi UAE memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan negara.

Vietnam di tangga keempat dengan satu mata serta memiliki kelebihan satu perlawanan.

Indonesia pula ditangga yang tercorot setelah tewas dua perlawanan.

 

 

Leave a Reply