Malaysia terima sumbangan bekalan perubatan dari China

0
Malaysia siang tadi menerima sumbangan pelbagai bekalan perubatan daripada Kerajaan China.
Ia meliputi sebanyak 100,000 unit kit ujian n-Cov PCR,  topeng muka N95 (100,000),  topeng muka pembedahan (500,000), set peralatan perlindungan peribadi (50,000) dan 200 unit alat bantuan pernafasan.
Sumbangan itu disampaikan oleh Duta Besar China di Malaysia,  Bai Tian, kepada Menterri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Putra siang tadi. Datuk Seri Hishammuddin melahirkan penghargaan tertinggi atas sumbangan kerajaan China yang jelas mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua negara ini.

“Cukup gembira menerima bantuan peralatan perubatan dari Kerajaan China yang diwakili Duta Besar China Ke Malaysia, H.E Bai Tian hari ini 100,008 #Covid19 test kits, 100,000 N95 face masks, 500,000 surgical masks, 50,000 Personal Protective Equipment dan 200 ventilators! Jumlah peralatan ini cukup besar dan ia tidak termasuk bantuan yang kita terima dari China sebelum ini. H.E Bai Tian sendiri akui, ini adalah kerana keakraban hubungan Malaysia 🇲🇾 – China 🇨🇳 yang terjalin sekian lama.

“Saya dan H.E Bai Tian turut berikrar, Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat demi memerangi Covid19 habis-habisan! Kata H.E Bai Tian tadi – bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Kata saya – wo men dou shi yi jia ren”, tulisnya di facebook.

MALAYSIA & CHINA – 我們都是一家人!Cukup gembira menerima bantuan peralatan perubatan dari Kerajaan China yang diwakili Duta…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Sabtu, 28 Maret 2020

 

Katanya, sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya dan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) untuk diagihkan kepada hospital bagi kegunaan petugas di barisan hadapan.

Katanya, sebelum ini, Malaysia telah menerima sumbangan daripada pelbagai kerajaan wilayah di China, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti perniagaan dan individu dari negara itu.

Sementara itu, Bai Tian berkata kerajaan China memberi perhatian khusus dan berjaya mengumpul bekalan perubatan yang amat diperlukan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Hishammuddin melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan keperluan perubatan di Malaysia.

“Kerajaan dan rakyat China tidak akan lupa bagaimana kerajaan Malaysia dan rakyatnya menghulurkan tangan dalam masa paling ‘gelap’ kami bergelut dengan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Di samping bekalan perubatan, Bai Tian juga berkata China akan turut menawarkan sokongan pasukan pakar perubatan COVID-19 dari negara itu untuk bekerjasama dengan rakan mereka di negara ini. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply