Malaysia pelajari pengurusan bencana dari Jepun – Dr Abd Latiff Ahmad

0

Malaysia mempelawa kerajaan Jepun dan kedutaan besarnya di sini untuk berkolaborasi  lebih rapat dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan bencana.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad, pelawaan itu disambut baik Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka yang menyatakan kerjasama antara Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Malaysia adalah usaha berterusan.

“Saya mempelawa untuk berkolaborasi lebih rapat dengan pihak kedutaan dan Kerajaan Jepun. Ia telah disambut baik dengan menyatakan kerjasama antara JICA (Japan Int’l Cooperation Agency) dan Malaysia adalah usaha berterusan.

“Diharapkan kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai pengurusan dan mitigasi bencana secara lebih tersusun dan cekap. Kami berdua juga bersetuju bahawa pemanasan global adalah salah satu penyebab berlaku bencana”, katanya kepada The Malaya Post.

Sehubungan itu, Datuk Dr Abd. Latiff berharap Malaysia dapat mempelajari lebih banyak berkenaan pengurusan dan mitigasi bencana secara lebih tersusun dan cekap.

“Kami berdua juga bersetuju bahawa pemanasan global adalah antara penyebab berlaku bencana.

“Oleh itu, kerajaan Jepun juga berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida menjelang 2050,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan itu, Datuk Dr. Abd Latiff, berkata  Hiroshi turut menceritakan bagaimana penduduk Jepun ditanam budaya bagaimana untuk bertindak ketika dan selepas bencana.

“Semoga hubungan baik ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan buat kedua-dua negara,” katanya.

Turut disentuh dalam pertemuan itu ialah berkenaan sejarah panjang hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Datuk Dr. Abd. Latiff turut menjelaskan fungsi setiap agensi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berada di bawah seliannya kepada Hiroshi.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama Hiroshi yang berlangsung di Kediaman Rasmi Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply