Malaysia lepasi sejuta kes Covid-19

0

Perkara dibimbangi menjadi kenyataan apabila Malaysia melepasi angka sejuta dengan pertambahan 17,045 kes COVID-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini ialah 1,013,438 kes.

Angka direkodkan hari ini juga adalah yang tertinggi bagi kes harian sejak penularannya, Februari tahun lalu.

Seperti mana sebelum ini, katanya, Selangor mencatat bilangan kes tertinggi dengan 8,500 kes dilaporkan.

Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 2,045 kes, Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407) dan Melaka (370).

“Selain itu Terengganu dengan 273 kes baharu, Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10),” katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply